Home » Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata by Ann Wan Seng
Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata Ann Wan Seng

Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata

Ann Wan Seng

Published 2009
ISBN :
Paperback
172 pages
Enter the sum

 About the Book 

Ann Wann Seng atau nama Islamnya Ann Abdullah merupakan rakyat Malaysia keturunan Cina yang aktif dalam NGO dan memberi ucapan dalam pentas politik serta menulis buku.Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. Beliau juga menyandang Setiausaha Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan juga kolumnis Dewan Ekonomi yang diterbitkan oleh DBP. Beliau merupakan Penolong Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).Pada 9 Ogos 2008, beliau memerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang 2008 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) . Anugerah disampaikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dalam Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Turut menerima anugerah itu ialah Toh Puan Dr. Aishah Ong.Ann Wann Seng memeluk Islam setelah mendalami agama itu lebih 10 tahun kerana menerima bantahan keluarganya yang beragama Buddha. Kajian perbandingan agama telah dilakukan secara intensif dan mendapati ajaran Islam bersifat sejagat. Beliau telah memeluk Islam lebih 20 tahun tetapi masyarakat Melayu masih menganggapnya mualaf.Beliau kagum dengan masyarakat Islam yang bertahan di China. Sahabat Nabi, Saad ibn Abi Waqqas telah mengiIslamkan penduduk negara China sebelum Islam sampai di Asia Tenggara. Kini terdapat 136 juta penduduk yang beragama Islam di China.Ann Wann Seng banyak sekali menulis artikel untuk majalah dan akhbar.